Friday, December 7, 2012

CARA BERJIMAT BAGI PEKERJA GAJI RENDAH



Mula sekali saya ingin menegas bahawa saya hanya lah seorang manusia yang berumur 20 tahun. Tetapi dengan pelbagai cara sudah saya cuba untuk menjimatkan wang salah satunya sentiasa kreatif dalam hidup terutama apabila kita hendakkan sesuatu barang yang remeh. Perkara yang selalu saya buat antaranya:
1-   Tudung

Biasanya kita akan beli tudung yang bermanik atau berlian. Sayangnya apabila tudung yang kita gunakan itu hanya tahan dalam 2-3 tahun. Kebiasaannya bahangian leher tudung jenis bawal akan mudah rosak kerana ‘dimakan’ oleh kerongsang. Antara langkah yang boleh diambil ialah;

        a)  Sediakan bahan-bahannya: tudung yang rosak tetapi masih cantik berliannya, benang yang sama warna dgn tudung, jarum & gunting/penetas.




b)   Tetas belian yang terdapat di tepi tudung yang rosak itu tanpa memutuskan belian tersebut.



c)   Beli tudung bawal yang kosong mengikut pilihan anda semua. Biasanya tudung akan dijual antara RM 9-10 sahaja. Jahit semula belian tersebut ditepi tudung. Seeloknya mengukur terlebih dahulu panjang belian tersebut dengan tudung yang baru dibeli itu agar seimbang antara dua-dua belah.



d)   Untuk mengelakkan tangan anda sakit menekan belian itu bolehlah balut dengan hansaplast.

e)   Maka siaplah tudung yang baru. Bagi yg mahir menjahit mungkin mengambil masa dalam setgh jam sahaja. 












No comments:

Post a Comment