Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Total Calorie in Our Malaysian food


 Kaedah pengiraan kalori makanan 

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari
kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.
baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

Kategori:Kuih Muih
1.      Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2.      Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
1.      Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
2.      Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
3.      Popia goreng (satu) = 130 kalori
4.       Popia basah (satu) = 95 kalori
5.      Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
6.      Apam balik sepotong = 300 kalori
7.      Pie epal sepotong = 260 kalori
8.      Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
9.      Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
10.  Seri muka sepotong = 144 kalori
11.  Wafer coklat sekeping= 100 kalori

Saturday, September 22, 2012

First week exercise to get the ideal body

Walaupun susah tetapi saya tetap akan cuba kerana saya takut jika saya mendapat masuk ke mana-mana universiti orang sekeliling akan mengertawakan diri saya.Sebelum saya mulakan senaman yang di anjurkan oleh internet berat badan saya adalah 110 kg. 

Cuba bayangkan besar manakah saya ini. tetapi apa bila hampir seminggu saya menjalankan senaman dan permakanan yang sihat saya dapat rasakan bahawa lipatan di sekeliling pinggang saya mula hilang walaupun lambat. serta peha dan perutku mula lembik.

Seronok gila bila badan kita mula bertindak balas. Target aku minggu ini hendak turun palaing minimum 6 kg. Macam mana saya nak turun paling banyak lemak ialah melakukan aerobik. Harap - harap sebulan genap nanti berat badan ku turun dgn jmlah yg besar. Tunggu ya perkhabaran dari ku. Wish me luck guys.




Aktiviti yang membakar banyak kalori

1. Kickboxing: 800 kalori sejam


Kickboxing merupakan aktiviti yang didapati berada di senarai paling atas dalam aktiviti pembakaran kalori iaitu sebanyak 800 kalori yang boleh dibakar dalam temph satu jam.

Melalui aktiviti kickboxing ini individu memerlukan setiap pergerakan otot dan akan mempercepatkan proses pembakaran kalori.

Degupan jantung juga akan bergerak dengan pantas selari dengan pergerakan semua otot-otot yang bekerja semasa menyertai aktiviti kickboxing ini. Memang sesuai sangat kepada mana-mana individu yang membakar kalori dan pada masa yang sama boleh juga belajar kaedah mempertahankan diri.


2. Jumping Rope: 780 kalori sejam

Aktiviti jumping rope atau skipping merupakan aktiviti kedua yang didapati paling berkesan dalam membakar kalori badan dan juga amat sesuai kepada mereka yang selalu mempunyai halangan masa.

Sedar atau tidak dengan melakukan lompatan setempat di atas tali boleh membantu individu membakar 130 kalori setiap sepuluh minit atau bersamaan 780 kalori sejam.

Lompat tali juga amat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai ruang atau kawasan yang luas untuk berjogging atau bersenam. Cukup hanya kawasan yang kecil dan juga boleh dilakukan di dalam kediaman sekiranya perlu.

Pada masa yang sama mengikut laman web BoneHealth.com, impak dari aktiviti lompat tali ini bukan sahaja membakar kalori malahan menguatkan struktur tulang individu yang melakukannya.


3. Biking: 700 kalori sejam

Biking atau aktiviti berbasikal juga ternyata amat berfaedah dan menduduki tempat ketiga dalam kategori aktiviti paling berkesan untuk pembakaran kalori.

Dengan berbasikal sejauh 22 hingga 25 kilometer pada kelajuan yang tetap individu akan berjaya membakar 700 kalori dalam badan mereka.

Pada masa yang sama juga aktiviti berbasikal bukan sahaja membakar kalori malahan turut membantu paru-paru kita mendapat udara segar dan nyaman dari persekitaran yang bersih.

Mungkin juga boleh dianjurkan atau digalakkan aktiviti berbasikal ke tempat kerja bagi kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja menyihatkan badan malahan mengurangkan pengeluaran dan pelepasan gas karbon monoksida ke udara.


4. Running: 650 kalori sejam

Aktiviti berlari pula menduduki tempat keempat dalam aktiviti paling berkesan untuk membakar kalori dalam badan.

Berdasarkan kiraan kalori oleh WebMD, seseorang yang mempunyai berat badan sekitar 65Kg dan berlari selama sepuluh minit dalam jarak 1.6 kilometer mampu membakar sebanyak 650 kalori dalam tempoh sejam.

Untuk langkah permulaan individu boleh memulakan aktiviti berlari dengan cara perlahan-lahan dan kelajuan ditambah secara berperingkat-peringkat dan boleh juga diselang-selikan dengan berjalan cepat.

Aktiviti berlari juga amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dimulakan.


5. Aerobic Classes: 600 kalori sejam

Bagaimana pula dengan kelas Aerobik? ramai dikalangan masyarakat kita apabila berbicara tentang mengurangkan berat badan dan membakar kalori terus merujuk kepada kelas aerobik.

Memang tidak dinafikan kelas aerobik merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada sesiapa yang berminat untuk membakar kalori mereka.

Secara asasnya penyertaan selama sejam dalam kelas aerobik boleh membantu individu membakar kira-kira 600 kalori di dalam badan, walau bagaimanapun ianya juga bergantung kepada bilangan ‘steps’ atau langkah yang dilakukan dalam kelas aerobik berkenaan.


6. Berjalan kaki : 111 kalori sejam

Kebiasaan penghuni di perumahan yang besar gemar memilih berjalan kaki sambil memusing perumahan. Biasanya mereka memilih untuk melakukan aktiviti ini waktu pagi atau selapas asar(5-7 ptg)


Jika perjabat anda berhampiran dengan rumah, lebih elok memilik berjalan kaki sekali gus dapat mengurangkan kos minyak dan pagi anda akan menjadi segar dan bersemangat untuk berkerja.

7. Naik turun tangga: 142.8 kalori setengah jam


Jika anda bekerja di pejabat yang memerlukan anda turun naik lif lebih baik anda memilih tangga. walaupun pada mulanya anda rasa terlalu letih tetapi percayalah tidak sampai 1 minggu anda akan dapat membiasakan diri anda. Ini juga akan dapat menambah stamina anda untuk kerja dgn lebih kuat.

8. Badminton : 298.2 kalori sejam

Bila sampai waktunya untuk beriadah saya akan memilih untuk melakukan sukan badminton kerana sukan ini sesuai dengan semua golongan terutama jika kita bermain dengan ahli keluarga kita. 

Sejam lama ker? selalu dipersoalkan. Jawapannya tidak kerana sukan ini amat melekakan. Kadangkala jika sudah mula bermain ia tidak mahu berhenti. bila berhenti rupa-rupanya sudah bermain 2-3 jam. bagi yang bekerja sehingga lewat petang mereka lebih gemar menyewa tempat untuk bermain